RSS

CERAMAH MOTIVASI DIRI ( KERJA ITU SATU IBADAH )




Pagi tadi ( 20 Jun 2009 ) sk serting felda telah mengadakan satu program perkembangan staf.Program berbentuk ceramah motivasi itu dihadiri semua warga sk serting felda.
Pihak sekolah telah menjemput Ustazah Nik Norsaha Nik Mohammad dari SMK Pasir Besar untuk memberikan ceramah bertajuk " Kerja Itu Satu Ibadah".
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Nik Norsaha di atasa kesudian beliau menyampaikan ceramah tersebut.
Antara objektif program tersebut ialah:
1.Peringatan bersama tentang amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan adalah satu ibadah kepada Allah SWT
2.Satu majlis ilmu bagi mengeratkan silaturrahim antara warga SKSF.
3.Peluang antara dua pihak dalam membincangkan isu-isu yang tidak jelas berkaitan perkhidmatan
4. Bersama-sama membuat penambahbaikkan dalam diri untuk kegemilangan anak-anak SKSF juga untuk keberkatan dunia dan akhirat.

0 ulasan:

Catat Ulasan