RSS
pertandingan bola tampar


murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru ( senyum lebar nampak ustazah Zaridah, maklumlah hadiah penuh di riba )



ikrar hari guru yang dipimpin oleh GPK KOKU En. Kamaruzaman.


suasana di dewan tahun 6


seperti mana tahun-tahun yang lepas, Sekolah Kebangsaan Serting Felda telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini diadakan pada 18 mei 2009. Acara dimulakan di dewan Tahun Enam ( dewan utama dah kena roboh ) dengan bacaan doa, bacaan perutusan, ucapan Guru Besar, ucapan wakil murid, persembahan murid, pertukaran hadiah sesama guru dan pemberian hadiah oleh murid-murid ( acara yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru).
selepas rehat, kemeriahan hari guru diteruskan lagi dengan acara sukan di padang. Acara yang dipilih pada tahun ini ialah pertandingan bola tampar antara guru-guru ( guru-guru dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing ) tahniah dan terima kasih diucapkan kepada beberapa kerat guru-guru perempuan yang sudi dan sanggup menyertainya ( yang lain kontrol cun aje kat tepi padang malah ada yang tak turun padang pun..... hingga terpaksa digantikan dengan murid!!!)
Acara penamatnya diadakan di kantin sekolah, acara apa lagi.. makan le........terima kasih kepada beberapa orang guru yang telah menyumbang hamper untuk cabutan bertuah.

0 ulasan:

Catat Ulasan