RSS

PEMANTAUAN UNIT HEM OLEH NAZIR JPNS

Khamis lepas ( 2 julai ) Sekolah Kebangsaan Serting Felda telah didatangi oleh dua orang jemaah nazir daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Kedatangan mereka berdua ialah untuk membuat pemantauan bahagian HEM Sekolah. Sebaik tiba, pihak nazir telah mengadakan talimat ringkas kepada guru-guru yang mengetuai unit-unit hem seperti guru spbt, guru disiplin, guru anti dadah dan lain-lain lagi.

Kaedah pemantauan ialah pihak nazir telah menyemak fail-fail berkenaan Unit HEM. Seterusnya sesi perjumpaan dengan guru-guru secara perseorangan diadakan untuk memastikan kesahihan maklumat.

( minta maap... gambar tidak dapat disediakan memandangkan juru foto sekolah ketika itu sedang kelam-kabut mengemas kini fail....ha..ha..ha.. )

0 ulasan:

Catat Ulasan