RSS

MALAM JASAMU DIKENANG



Sebagai penghargaan kepada jasa guru-guru tahun 6 SKSF yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun membimbing murid-murid UPSR 2009 seterusnya menghasilkan keputusan UPSR yang memberangsangkan, pihak ibu bapa penjaga murid cemerlang UPSR 2009 dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam yang diberi nama " Malam Jasamu Dikenang ".
Majlis tersebut telah diadakan pada 8 Disember 2009, bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran YB ADUN kawasan Serting, En Shamsul Kahar.
Aturcara program bermula pada pukul 8.30 malam dengan kehadiran YB En Shamsul Kahar yang disambut dengan paluan kompang. Acara seterusnya ialah ucapan Guru Besar Tn Hj Rasid Sulaiman, ucapan wakil ibu-bapa penjaga iaitu Dr. Ikbal, ucapan Pengerusi PIBG  En. Abdul Razak, ucapan  YB En. Shamsul Kahar, penyampaian cenderamata kepada guru-guru tahun 6, jamuan dan akhir sekali cabutan bertuah.



gambar lain????? klik sini......

0 ulasan:

Catat Ulasan