RSS

FACEBOOK SKSF


SKSF dah ada facebook.....add le jadi peminat...boleh berinteraksi...

MESYUARAT PIBG SKSF 2010

 

SKSF BERWAJAH BARU TAHUN 2011...INSYAALLAH..


dewan utama dirobohkan untuk dibina kabin tetap..menempatkan pra sekolah dan surau ( dah siap pun..)


bangunan utama ...4 tingkat....


dah ade orang "chop" nak kelas mana..he..he..he.....

bangunan baru untuk pra...


tangki air bagi mengatasi masalah air....lepas ni setahun takde air pun takpe..

TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA PUAN ANITA DAN SELAMAT DATANG KEPADA "ABE SYUK".


SKSF ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seorang warga SKSF yang akan bertukar sekolah pada minggu hadapan...Guru tersebut ialah Pn Anita, yang mengajar Pra sekolah...Kami warga SKSF sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Pn Anita yang akan bertukar ke Seremban.. Jasa dan bakti Pn Anita tidak akan kami lupakan.
Tempat Pn Anita akan digantikan oleh Cikgu Syukri...yang lebih dikenali oleh warga sekolah dengan panggilan Abe Syuk..Kepada Abe Syuk, selamat datang ke SKSF....bersama-sama kita teruskan perjuangan untuk mendidik murid-murid SKSF...

POT LUCK BULANAN ( BKGP )


Pot luck tu bermaksud...jamuan...makan-makan...bahasa orang kedah kot...



Lantikan Pengawas SKSF 2010




8 Februari 2010, satu majlis perlantikan pengawas sekolah SKSF telah diadakan....bertempat di Medan Wawasan ( sesi pagi) dan Kantin (sesi petang). Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh guru penasihat pengawas iaitu En Adnan.Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyarungan vest oleh Guru Besar Tn Hj Sulaiman kepada semua pengawas, sebagai simbolik penyerahan tugas sebagai pengawas. Majlis disudahkan dengan acara pembacaan ikrar oleh semua pengawas didepan semua murid.
Kepada pengawas SKSF, tahniah diatas perlantikan dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin.....ingat!!!! anda semua sedang diperhatikan oleh guru-guru dan murid-murid lain....

SELAMAT TAHUN BARU CINA

LAWATAN SMK JELAI DAN SK PASOH 2 KE SKSF

 



4 Februari 2010, SKSF telah menerima bukan satu tapi dua buah sekolah sekali gus yang telah datang membuat lawatan penanda aras. Sekolah tersebut ialah SMK Jelai dan SK Pasoh 2.Kami warga SKSF mengalu-alukan kedatang sahabat-sahabat dari dua buah sekolah tersebut. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua buah sekolah, termasuk SKSF.

PEMBATALAN SEKOLAH GANTI PADA 6 FEBRUARI 2010


Warga SKSF ingin memaklumkan bahawa sekolah ganti sempena cuti tahun baru cina yang dirancang pada 6 Februari 2010 ini adalah dibatalkan.
Ini adalah kerana SKSF akan mengambil cuti peristiwa pada hari tersebut. Pihak sekolah memohon ribuan kemaafan diatas segala kesulitan yang timbul akibat pembatalan ini.
selamat beristirehat pada hujung minggu

UJIAN BULAN FEBRUARI 2010


Makluman kepada semua guru, ibu bapa penjaga dan murid-murid SKSF..
Ujian bulan Februari SKSF akan diadakan pada 8 hingga 9 Februari 2010....
Kepada semua murid .....diharap bersedia...
Kepada ibu bapa penjaga.....pantau dan buek le ape yang patut....
Kepada guru-guru....apo laie?? pi le buat kertas soalan tu...jangan menimbun kat meja abg Farudz last-last minit... jangan ade yang bocor lak ye...den lapor SPRM nanti...he..he..he..
( jadual ujian akan di muat naik nanti. sabaaaaar....)