RSS

PERTANDINGAN BAHAS PERINGKAT DAERAH JEMPOL.

SKSF TELAH MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN BAHAS PERINGKAT DAERAH JEMPOL.....SKSF DIWAKILI OLEH ADIK NUR SAFAWANI, MOHD FAKHRI NUR AIN NAJIHAH DAN NUR IZATUL HUSNA...TAHNIAH DIUCAPKAN

PERTANDINGAN MENGARANG PERINGKAT DAERAH JEMPOL

SKSF mencapai satu lagi kejayaan .....kali ini seorang murid SKSF iaitu adik AZIMAHTUL NAJIHA BT MOHD FARUDZ telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan mengarang peringkat daerah Jempol. Adik Azimahtul akan mewakili Jempol ke peringkat negeri..

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH JEMPOL

SKSF telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah jempol. Sebanyak 28 buah sekolah dalam daerah jempol telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.Keputusannya.... untuk tahap satu, wakil SKSF iaitu adik Nur Ilisya Zairidan telah mendapat tempat ketiga, sementara untuk tahap dua pula...wakil SKSF iaitu adik Mohd Zulfikri telah menjadi johan dan akan mewakili Daerah Jempol di peringkat Negeri Sembilan...Tahniah diucapkan....

KEJOHANAN CATUR PERINGKAT MSSMNS

Kejohanan Catur MSSNS 2010 d SMKA Pedas, Rembau. Seorang wakil kita, Mohd Harris Nasron (6ZA) mndpt tempat ke 4 (dpd 32 peserta) Individu Lelaki Bwh 12. Pasukan Lelaki Bwh 12 Daerah juga mendapat tempat ke 4. Harris akn mewakili N9 ke peringkat kebangsaan, insya Allah.

 

 

LAWATAN PENANDA ARAS SK GEDOK KE SK SERTING FELDA

LAWATAN PENANDA ARAS SK GEDOK KE SK SERTING FELDA







TAHNIAH KEPADA PUAN ZALILAH KERANA MENDAPAT CAHAYA MATA LELAKI

FACEBOOK SKSF


SKSF dah ada facebook.....add le jadi peminat...boleh berinteraksi...

MESYUARAT PIBG SKSF 2010

 

SKSF BERWAJAH BARU TAHUN 2011...INSYAALLAH..


dewan utama dirobohkan untuk dibina kabin tetap..menempatkan pra sekolah dan surau ( dah siap pun..)


bangunan utama ...4 tingkat....


dah ade orang "chop" nak kelas mana..he..he..he.....

bangunan baru untuk pra...


tangki air bagi mengatasi masalah air....lepas ni setahun takde air pun takpe..

TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA PUAN ANITA DAN SELAMAT DATANG KEPADA "ABE SYUK".


SKSF ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seorang warga SKSF yang akan bertukar sekolah pada minggu hadapan...Guru tersebut ialah Pn Anita, yang mengajar Pra sekolah...Kami warga SKSF sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Pn Anita yang akan bertukar ke Seremban.. Jasa dan bakti Pn Anita tidak akan kami lupakan.
Tempat Pn Anita akan digantikan oleh Cikgu Syukri...yang lebih dikenali oleh warga sekolah dengan panggilan Abe Syuk..Kepada Abe Syuk, selamat datang ke SKSF....bersama-sama kita teruskan perjuangan untuk mendidik murid-murid SKSF...

POT LUCK BULANAN ( BKGP )


Pot luck tu bermaksud...jamuan...makan-makan...bahasa orang kedah kot...



Lantikan Pengawas SKSF 2010




8 Februari 2010, satu majlis perlantikan pengawas sekolah SKSF telah diadakan....bertempat di Medan Wawasan ( sesi pagi) dan Kantin (sesi petang). Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh guru penasihat pengawas iaitu En Adnan.Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyarungan vest oleh Guru Besar Tn Hj Sulaiman kepada semua pengawas, sebagai simbolik penyerahan tugas sebagai pengawas. Majlis disudahkan dengan acara pembacaan ikrar oleh semua pengawas didepan semua murid.
Kepada pengawas SKSF, tahniah diatas perlantikan dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin.....ingat!!!! anda semua sedang diperhatikan oleh guru-guru dan murid-murid lain....

SELAMAT TAHUN BARU CINA

LAWATAN SMK JELAI DAN SK PASOH 2 KE SKSF

 



4 Februari 2010, SKSF telah menerima bukan satu tapi dua buah sekolah sekali gus yang telah datang membuat lawatan penanda aras. Sekolah tersebut ialah SMK Jelai dan SK Pasoh 2.Kami warga SKSF mengalu-alukan kedatang sahabat-sahabat dari dua buah sekolah tersebut. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua buah sekolah, termasuk SKSF.

PEMBATALAN SEKOLAH GANTI PADA 6 FEBRUARI 2010


Warga SKSF ingin memaklumkan bahawa sekolah ganti sempena cuti tahun baru cina yang dirancang pada 6 Februari 2010 ini adalah dibatalkan.
Ini adalah kerana SKSF akan mengambil cuti peristiwa pada hari tersebut. Pihak sekolah memohon ribuan kemaafan diatas segala kesulitan yang timbul akibat pembatalan ini.
selamat beristirehat pada hujung minggu

UJIAN BULAN FEBRUARI 2010


Makluman kepada semua guru, ibu bapa penjaga dan murid-murid SKSF..
Ujian bulan Februari SKSF akan diadakan pada 8 hingga 9 Februari 2010....
Kepada semua murid .....diharap bersedia...
Kepada ibu bapa penjaga.....pantau dan buek le ape yang patut....
Kepada guru-guru....apo laie?? pi le buat kertas soalan tu...jangan menimbun kat meja abg Farudz last-last minit... jangan ade yang bocor lak ye...den lapor SPRM nanti...he..he..he..
( jadual ujian akan di muat naik nanti. sabaaaaar....)

SEKOLAH GANTI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA



KAWAN-KAWAN...JANGAN BUEK-BUEK LUPO PULAK YO....
kepada ibu bapa penjaga...tahap satu dan tahap dua akan bersekolah pada waktu pagi.....pada hari tersebut.

SKSF "MENYERAHKAN BATON" KEPADA SK NURI.



Selasa, 26 Januari 2010, SKSF telah menerima satu rombongan daripada SK Nuri yang terdiri daripada 8 orang guru dan pentadbir. Kehadiran guru-guru SK Nuri ini adalah untuk "menimba ilmu" daripada SK Serting Felda dalam pengurusan PSS. Ini adalah kerana SK Nuri telah dipilih oleh JPNS mewakili NS dalam pertandingan PSS CEMERLANG peringkat kebangsaan. SK Nuri telahpun berjaya menjadi johan dalam peringkat negeri.

Semoga SK Nuri berjaya dalam pertandingan tersebut...kami warga SKSF mendoakan yang terbaik untuk SK Nuri...SELAMAT BERJUANG....

FAIZ ASYRAF...DALAM KENANGAN...




Al-Fatihah......Mantan murid 6AB 2009, Faiz Asyraf telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas (15 januari  2010). Arwah merupakan murid yang pintar dan dibuktikan dengan keputusan peperiksaan beliau yang mendapat 4A 1B dalam UPSR 2009.Moga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat ganjaran Syurga..Amin.

Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 2009



Pada 30 Disember 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Majlis Hari Kualiti di Audiotorium Komplek E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya.Majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada agensi-agensi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam  majlis tersebut, SKSF telah menerima  Naib Johan Anugerah PSS Cemerlang Kategori SK Luar Bandar Peringkat Kebangsaan 2009. Ini merupakan kali ke 2 SKSF menerima anugerah yang sama pada tahun 2008 dikedudukan naib johan . TAHNIAH SKSF.

Syabas, SKSF, Terima kasih kepada JPNS,BTP NS, PPDJJ,PKG Bahau dan semua agensi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menyumbang untuk PSS berada dikemuncak. Dan...tiada yang mampu terucap, kepada wira-wira (Semua warga SKSF ) andalah penggerak segala-galanya dengan keizinan Allah saw. Ia adalah kerja kegigihan kita, kerjasama kita, sepakat kita dan kekreativiti kita. Terima kasih kepada barisan pentadbiran, semua unit kurikulum, unit HEM dan unit KO Kurikulum. Semua terlibat..dan semua hebat. SKSF bertuah kerana dikelilingi warga yang hebat.

Kini 2010 menggamit tiba, memancarkan seribu pengharapan dan visi untuk terus mencari kejayaan...
SALAM MAAL HIJRAH  DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah Sesi 2010




Pada 1 January 2010, SKSF telah mengadakan Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi 2010.Pada taklimat ringkas tersebut diselitkan juga tentang Program LINUS kepada ibubapa sebagai sebaran awal.  Pada hari tersebut juga, diadakan majlis kutipan yuran dan bayaran keperluan P&P untuk murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Walaupun hari pendaftaran yang ditetapkan jatuh pada hari cuti umum sempena cutu tahun baru, kedatang penjaga murid tidak terganggu. Itulah pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru-guru demi anak dan anak didik yang dikasihi. Tiada hari atau cuti yang mampu menghalang untuk kami berkhidmat. Objektif hari pendaftaran ini diadakan adalah untuk melancarkan proses P&P pada 4 January 2010. Murid tahun 1 tahun ini adalah 90 orang setakat hari ini. Namun dijangka ada akan penambahanpada sekolah dibuka.
Terima kasih kepada penjaga yang memilih SKSF untuk anak-anak mereka. Ia adalah amanah kepada kami dan InsyaAlah akan kami tunaikan amanah tersebut semampu mungkin. Semoga tahun 2010 membawa kejayaan lebih baik untuk SKSF.