RSS

Gotong-royong 2017

Pada 11 Februari 2017,  satu program gotong-royong anjuran pihak sekolah dan PIBG telah diadakan. Program ini ini dirancang untuk menceriakan kawasan sekolah (medan wawasan, kolam ikan, tugu dan garisan kuning keselamatan ).

Tahniah dan terima kasih kepada semua yangg terlibat... Terima kasih kepada ibu/bapa/penjaga yg memberikan sumbangan untuk melancarkan program ini.









Program Bersama MILO

1st February 2017

Energy to go further.... yeahhhh...

Tenaga untuk melangkah lebih jauh





Kejohanan Bola Tampar MSSD Jempol Bawah 12 2017

Sk Serting Felda telah menghantar pasukan bola tampar perempuan...

Alhamdullilah, pasukan bola tampar yang dibimbing oleh Cikgu Zuranizam telah Berjaya menjadi naib johan dalam kejohanan ini. Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan kita telah tumpas kepada Sk Palong 1.

Walaubagaimana pun, keupayaan pasukan ini mara ke peringkat akhir amat mebanggakan meskipun pasukan ini dianggap setahun jagung berbanding pasukan lawan yang lebih berpengalaman. Terdapat peningkatan berbanding kejohanan terdahulu yang mana pada tahun 2016 kita Berjaya mendapat tempat ketiga.

Tahniah diucapkan, syabas!!!!

UPSR 2016

KEPUTUSAN RASMI UPSR 2016 SKSF
6A - 1 ORANG
5A 1B - 3 ORANG
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA CALON TAK KIRA BERAPA PUN JUMLAH "A" NYA...

Satu-satunya murid 6A UPSR 2016 SKSF.....tahniah Maizatul...


 
Murid yang Berjaya mendapat 5A 1B