RSS

LAGI CERITA TENTANG MARHAN


Dah lopeh ke skuad utama hoki malaysia. Tahniah.......

HARI TERBUKA SK SERTING FELDA

Pagi tadi ( sekolah ganti hari raya ), sk serting felda telah mengadakan program Hari Terbuka. Program tersebut telah mendapat sambutan daripada kalangan ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa / penjaga yang hadir mengambil kesempatan untuk berbincang dengan guru kelas tentang prestasi anak-anak mereka.




















HARI TANPA TEMBAKAU

Pada hari Jumaat yang lepas ( 26 Jun ) Pihak Hospital Jempol telah mengadakan satu program yang di beri nama Hari Tanpa Tembakau. Program yang diadakan di padang itu bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang bahayanya rokok.
Antara aktivitinya ialah ceramah ringkas selama 10 minit, edaran risalah kepada murid dan kuiz spontan.


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC )

Tahniah diucapkan kepada 5 guru sk serting felda yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ).Mereka ialah Pn. Norhayati, Pn Halijah ( GPK HEM ), Ustazah Roslina, En Azri dan Pn Noraini ( Guru Besar ).Warga sk serting felda sekali lagi mengucapkan
tahniah kepada mereka dan mereka sememangnya layak menerima anugerah tersebut atas sumbangan yang diberikan kepada sekolah.





EN AZRI MOHD ALI
GURU GPM SK SERTING FELDA.
guru yang bertanggungjawab menjadikan PSS SK Serting Felda sebagai PSS kedua terbaik di Malaysia ( kategori sekolah rendah luar bandar )







PN HALIJAH ( GPK HEM )
seorang GPK yang berdedikasi dan bekerja kuat.







PN NORHAYATI IBRAHIM
KETUA PANITIA PSV DAN TENAGA PENGAJAR TAHUN ENAM.
seorang guru yang ringan tulang dan sentiasa menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada guru-guru yang memerlukan.






PN ROSLINA
GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN GURU PERPUSTAKAAN.
Gandingannya bersama cikgu Azri telah mengharumkan nama sksf dalam pertandingan PSS Peringkat Kebangsaan.







PN NORAINI AHMAD
GURU BESAR SK SERTING FELDA
Dibawah teraju beliau, sk serting felda terus mengorak langkah menjadi sebuah sekolah yang disegani baik dalam bidang akademi mahupun sukan




CERAMAH MOTIVASI DIRI ( KERJA ITU SATU IBADAH )




Pagi tadi ( 20 Jun 2009 ) sk serting felda telah mengadakan satu program perkembangan staf.Program berbentuk ceramah motivasi itu dihadiri semua warga sk serting felda.
Pihak sekolah telah menjemput Ustazah Nik Norsaha Nik Mohammad dari SMK Pasir Besar untuk memberikan ceramah bertajuk " Kerja Itu Satu Ibadah".
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Nik Norsaha di atasa kesudian beliau menyampaikan ceramah tersebut.
Antara objektif program tersebut ialah:
1.Peringatan bersama tentang amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan adalah satu ibadah kepada Allah SWT
2.Satu majlis ilmu bagi mengeratkan silaturrahim antara warga SKSF.
3.Peluang antara dua pihak dalam membincangkan isu-isu yang tidak jelas berkaitan perkhidmatan
4. Bersama-sama membuat penambahbaikkan dalam diri untuk kegemilangan anak-anak SKSF juga untuk keberkatan dunia dan akhirat.

BINTANG SK SERTING FELDA DI PERSADA ANTARABANGSA

Aksi Marhan di Piala Dunia Remaja 2009 yang sedang berlangsung di Johor Bharu

Siapa sangka anak peneroka felda mampu mengegarkan arena hoki tanah air


Skuad Hoki Piala Dunia Remaja 2009. ( Marhan berdiri 4 dari kiri gambar ).



*sumber daripada http://www.hockey-asia.com/News/News/

Monday June 1, 2009

Marhan set for senior team call-up

By AFTAR SINGH

KUALA LUMPUR: Junior World Cup trainee Mohd Marhan Mohd Jalil has made tremendous progress since joining the team a year ago. And he is now knocking on the door of the national senior training squad.

National junior coach K. Rajan said that the Negri Sembilan midfielder gave impressive performances in two friendly matches against the national senior team last week.

“Marhan was the only player in the 21-member national junior training squad who caught the eyes of the national senior coaches,’’ he said.

“He is a good attacking midfield player with the ability to score field goals. At the rate he is going, I am confident that he will get a call-up after the Junior World Cup to join the national senior team.”

Malaysia will co-host the Junior World Cup Finals with Singapore from June 7-21.

Marhan, who is doing a pre-university course at the Bukit Jalil Sports School (BJSS), said that he was delighted to learn that he could expect to get a senior team call-up.

“My childhood dream is to play for the national team. And this is definitely a big boost to my confidence to give my best in the Junior World Cup,” said the former student of Tengku Besar Secondary School in Tampin.

“I only joined the national junior training squad a year ago and I am glad that I have made good progress.”

Marhan, however, said that Malaysia would face a daunting task of achieve the target set by the Malaysian Hockey Federation (MHF) to finish among the top four in the Junior World Cup Finals.

“We are ranked at No. 10 in the Finals and it’s going to be a great challenge for us to reach the semi-finals,” he said.





Bagi peminat hoki tanahair,pastinya sedang memberi perhatian terhadap kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja yang sedang berlangsung di Johor Bharu. Bagaimana nasib pasukan negara kita? khabarnya akan menghadapi perlawanan penentuan tempat ke 11 dan 12.
Bagi kami warga sk serting felda, kejohanan yang sedang berlangsung ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis dan berada dalam lipatan sejarah sk serting felda. Apa tidaknya, salah seorang pemain Malaysia yang sedang berjuang dalam kejohanan tersebut merupakan bekas murid sk serting felda. Pemain tersebut ialah Marhan Abdul Jalil.
Kami merasa amat bangga di atas pencapaian beliau dan mendoakan agar beliau terus cemerlang menyumbang bakti kepada negara dalam bidang hoki. Selain Marhan, adiknya Mohd Adhwa juga cemerlang dalam bidang hoki dan baru sahaja selesai mewakili Negeri Sembilan bersama 2 rakannya iaitu Mohd Faiz Salman dan Mohd Kamil Abd Razak ( anak YDP PIBG) dalam kejohanan MSSM.

KHAS BUAT "MEREKA" YANG SUDAH HILANG PERASAAN HORMAT DAN KASIH KEPADA INSAN YANG "BERNAMA" CIKGU



Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

( dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil

duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

1979, Usman Awang

pertandingan bola tampar


murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru ( senyum lebar nampak ustazah Zaridah, maklumlah hadiah penuh di riba )



ikrar hari guru yang dipimpin oleh GPK KOKU En. Kamaruzaman.


suasana di dewan tahun 6


seperti mana tahun-tahun yang lepas, Sekolah Kebangsaan Serting Felda telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sambutan ini diadakan pada 18 mei 2009. Acara dimulakan di dewan Tahun Enam ( dewan utama dah kena roboh ) dengan bacaan doa, bacaan perutusan, ucapan Guru Besar, ucapan wakil murid, persembahan murid, pertukaran hadiah sesama guru dan pemberian hadiah oleh murid-murid ( acara yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru).
selepas rehat, kemeriahan hari guru diteruskan lagi dengan acara sukan di padang. Acara yang dipilih pada tahun ini ialah pertandingan bola tampar antara guru-guru ( guru-guru dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing ) tahniah dan terima kasih diucapkan kepada beberapa kerat guru-guru perempuan yang sudi dan sanggup menyertainya ( yang lain kontrol cun aje kat tepi padang malah ada yang tak turun padang pun..... hingga terpaksa digantikan dengan murid!!!)
Acara penamatnya diadakan di kantin sekolah, acara apa lagi.. makan le........terima kasih kepada beberapa orang guru yang telah menyumbang hamper untuk cabutan bertuah.

PROSES MEMBINA BANGUNAN BARU

sebelum proses meruntuh bangunan


dah ranap


bulan mei yang lalu, kerja-kerja meruntuhkan bangunan di sekolah Kebangsaan Serting Felda telah di mulakan oleh pihak pemaju yang dilantik. Ini adalah untuk membina bangunan baru memandangkan bangunan lama tersebut sudah tidak sesuai untuk di gunakan lagi.

BENGKEL MEMBINA BLOG


Bengkel Membina Blog PSS bagi kawasan PKG Bahau telah diadakan pada 16 - 17 Jun 2009 bertempat di Makmal Komputer SMK Bandar Baru Serting.Seramai 15 orang Guru Perpustakaan Media telah mengikuti bengkel ini. Encik Suhaimi ,PTP PKG Bahau telah menjadi pemudahcara bagi bengkel ini.
Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan blog PSS masing-masing.Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru akan sentiasa mengemaskini blog PSS ini.