RSS

BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH, YURAN PIBG, BAYARAN PEPERIKSAAN, SENARAI HARGA BUKU DAN ALAT TULIS DAN KALENDAR PERSEKOLAHAN 2010.

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga murid-murid SK Serting Felda, disini dilampirkan ( rujuk tajuk ) untuk memudahkan pihak tuan- puan semasa sessi pembayaran yuran nanti. Untuk makluman,  pendaftaran murid SKSF ( dari PraSekolah hingga ke tahun 6) akan diadakan pada 1 Januari 2010. harap maklum. klik gambar untuk besarkan.

























MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009

Pada 25 November 2009, BTPN Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Anugerah Teknopen Peringkat Negeri Sembilan untuk Tahun 2009.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Shamsulkahar b. Mohd Deli selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan.Turut hadir juga , Datin Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sanusi , Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada majlis tersebut SKSF telah berjaya menggondol 3 anugerah iaitu, ANUGERAH PSS CEMERLANG SK LUAR BANDAR 2008, ANUGERAH GURU INOVATIF BERKUMPULAN dan ANUGERAH GPM CEMERLANG. Anugerah PSS Cemerlang telah disampaikan kepada GB SKSF, iaitu Tn. Hj. Rasid b. Hj. Sulaiman. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKSF kerana dengan kerjasama yang padu akhirnya membuahkan kejayaan yang gemilang untuk tahun 2009.


MALAM JASAMU DIKENANG



Sebagai penghargaan kepada jasa guru-guru tahun 6 SKSF yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun membimbing murid-murid UPSR 2009 seterusnya menghasilkan keputusan UPSR yang memberangsangkan, pihak ibu bapa penjaga murid cemerlang UPSR 2009 dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam yang diberi nama " Malam Jasamu Dikenang ".
Majlis tersebut telah diadakan pada 8 Disember 2009, bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran YB ADUN kawasan Serting, En Shamsul Kahar.
Aturcara program bermula pada pukul 8.30 malam dengan kehadiran YB En Shamsul Kahar yang disambut dengan paluan kompang. Acara seterusnya ialah ucapan Guru Besar Tn Hj Rasid Sulaiman, ucapan wakil ibu-bapa penjaga iaitu Dr. Ikbal, ucapan Pengerusi PIBG  En. Abdul Razak, ucapan  YB En. Shamsul Kahar, penyampaian cenderamata kepada guru-guru tahun 6, jamuan dan akhir sekali cabutan bertuah.



gambar lain????? klik sini......

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU SKSF