RSS

SEKOLAH GANTI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA



KAWAN-KAWAN...JANGAN BUEK-BUEK LUPO PULAK YO....
kepada ibu bapa penjaga...tahap satu dan tahap dua akan bersekolah pada waktu pagi.....pada hari tersebut.

SKSF "MENYERAHKAN BATON" KEPADA SK NURI.



Selasa, 26 Januari 2010, SKSF telah menerima satu rombongan daripada SK Nuri yang terdiri daripada 8 orang guru dan pentadbir. Kehadiran guru-guru SK Nuri ini adalah untuk "menimba ilmu" daripada SK Serting Felda dalam pengurusan PSS. Ini adalah kerana SK Nuri telah dipilih oleh JPNS mewakili NS dalam pertandingan PSS CEMERLANG peringkat kebangsaan. SK Nuri telahpun berjaya menjadi johan dalam peringkat negeri.

Semoga SK Nuri berjaya dalam pertandingan tersebut...kami warga SKSF mendoakan yang terbaik untuk SK Nuri...SELAMAT BERJUANG....

FAIZ ASYRAF...DALAM KENANGAN...




Al-Fatihah......Mantan murid 6AB 2009, Faiz Asyraf telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas (15 januari  2010). Arwah merupakan murid yang pintar dan dibuktikan dengan keputusan peperiksaan beliau yang mendapat 4A 1B dalam UPSR 2009.Moga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat ganjaran Syurga..Amin.

Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 2009



Pada 30 Disember 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Majlis Hari Kualiti di Audiotorium Komplek E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya.Majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada agensi-agensi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam  majlis tersebut, SKSF telah menerima  Naib Johan Anugerah PSS Cemerlang Kategori SK Luar Bandar Peringkat Kebangsaan 2009. Ini merupakan kali ke 2 SKSF menerima anugerah yang sama pada tahun 2008 dikedudukan naib johan . TAHNIAH SKSF.

Syabas, SKSF, Terima kasih kepada JPNS,BTP NS, PPDJJ,PKG Bahau dan semua agensi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menyumbang untuk PSS berada dikemuncak. Dan...tiada yang mampu terucap, kepada wira-wira (Semua warga SKSF ) andalah penggerak segala-galanya dengan keizinan Allah saw. Ia adalah kerja kegigihan kita, kerjasama kita, sepakat kita dan kekreativiti kita. Terima kasih kepada barisan pentadbiran, semua unit kurikulum, unit HEM dan unit KO Kurikulum. Semua terlibat..dan semua hebat. SKSF bertuah kerana dikelilingi warga yang hebat.

Kini 2010 menggamit tiba, memancarkan seribu pengharapan dan visi untuk terus mencari kejayaan...
SALAM MAAL HIJRAH  DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah Sesi 2010




Pada 1 January 2010, SKSF telah mengadakan Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi 2010.Pada taklimat ringkas tersebut diselitkan juga tentang Program LINUS kepada ibubapa sebagai sebaran awal.  Pada hari tersebut juga, diadakan majlis kutipan yuran dan bayaran keperluan P&P untuk murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Walaupun hari pendaftaran yang ditetapkan jatuh pada hari cuti umum sempena cutu tahun baru, kedatang penjaga murid tidak terganggu. Itulah pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru-guru demi anak dan anak didik yang dikasihi. Tiada hari atau cuti yang mampu menghalang untuk kami berkhidmat. Objektif hari pendaftaran ini diadakan adalah untuk melancarkan proses P&P pada 4 January 2010. Murid tahun 1 tahun ini adalah 90 orang setakat hari ini. Namun dijangka ada akan penambahanpada sekolah dibuka.
Terima kasih kepada penjaga yang memilih SKSF untuk anak-anak mereka. Ia adalah amanah kepada kami dan InsyaAlah akan kami tunaikan amanah tersebut semampu mungkin. Semoga tahun 2010 membawa kejayaan lebih baik untuk SKSF.