Pada 30 Disember 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Majlis Hari Kualiti di Audiotorium Komplek E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya.Majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada agensi-agensi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.B Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dalam majlis tersebut, SKSF telah menerima Naib Johan Anugerah PSS Cemerlang Kategori SK Luar Bandar Peringkat Kebangsaan 2009. Ini merupakan kali ke 2 SKSF menerima anugerah yang sama pada tahun 2008 dikedudukan naib johan . TAHNIAH SKSF.
Syabas, SKSF, Terima kasih kepada JPNS,BTP NS, PPDJJ,PKG Bahau dan semua agensi yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menyumbang untuk PSS berada dikemuncak. Dan...tiada yang mampu terucap, kepada wira-wira (Semua warga SKSF ) andalah penggerak segala-galanya dengan keizinan Allah saw. Ia adalah kerja kegigihan kita, kerjasama kita, sepakat kita dan kekreativiti kita. Terima kasih kepada barisan pentadbiran, semua unit kurikulum, unit HEM dan unit KO Kurikulum. Semua terlibat..dan semua hebat. SKSF bertuah kerana dikelilingi warga yang hebat.
Kini 2010 menggamit tiba, memancarkan seribu pengharapan dan visi untuk terus mencari kejayaan...
SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
0 ulasan:
Catat Ulasan