RSS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009

Pada 25 November 2009, BTPN Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Anugerah Teknopen Peringkat Negeri Sembilan untuk Tahun 2009.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Shamsulkahar b. Mohd Deli selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan.Turut hadir juga , Datin Dr. Siti Zaleha bt. Abdullah Sanusi , Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada majlis tersebut SKSF telah berjaya menggondol 3 anugerah iaitu, ANUGERAH PSS CEMERLANG SK LUAR BANDAR 2008, ANUGERAH GURU INOVATIF BERKUMPULAN dan ANUGERAH GPM CEMERLANG. Anugerah PSS Cemerlang telah disampaikan kepada GB SKSF, iaitu Tn. Hj. Rasid b. Hj. Sulaiman. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKSF kerana dengan kerjasama yang padu akhirnya membuahkan kejayaan yang gemilang untuk tahun 2009.


0 ulasan:

Catat Ulasan