FAKTA TENTANG H1N1 ( SELSEMA BABI )
APA ITU SELSEMA KHINZIR?
Selsema khinzir adalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia.Walaubagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.
Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kesjangkitan yang baru, virus ‘strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahandengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.
BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR?
Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.
ADAKAH VIRUS SELSEMA KHINZIR INI BERJANGKIT?
Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.
APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?
Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.
BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK
Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.
BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.
APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.
ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA KHINZIR?
Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema khinzir ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simtom-simtom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.
BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
Seseorang yang dijangkiti virus selsema khinzir sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.
APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.
BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.
APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?
Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda /div>
·Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin ;
·Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah
·Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan
·Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.
·Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit
·Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.
APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGELAKAN PENYEBARAN VIRUS MELALUI BATUK ATAU BERSIN?
Jika anda tidak sihat, hadkan perhubungan anda dengan orang lain sebanyak yang mungkin.Jangan hadir ke tempat kerja atau sekolah jika anda sakit.Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk dan bersin.Ini boleh menghalang orang sekeliling anda daripada dijangkiti.Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah.Tutup hidung dan mulut jika anda tidak mempunyai tisu.Kemudian cuci tangan anda dan jadikan amalan ini setiap kali anda batuk atau bersin.
APAKAH TEKNIK-TEKNIK BASUHAN TANGAN YANG TERBAIK UNTUK MENGELAK DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Basuh tangan anda sekerap yang mungkin untuk membantu melindungi dari kuman.Basuh dengan sabun dan air yang bersih atau cuci dengan cecair pembersih tangan berasaskan alkohol.Disyorkan anda membasuh tangan selama 15 hingga 20 saat dengan sabun dan air suam.Jika tidak terdapat air dan sabun, pengelap tangan pakai buang berasaskan alkohol atau gel pembersih boleh diguna pakai.Barangan tersebut boleh didapati dikebanyakan pasaraya dan farmasi.Jika anda mengunakan gel, sapukan pada tangan anda dan gosok sehingga gel itu kering. Gel tidak memerlukan air.Kandungan alkohol di dalam gel tersebut boleh membunuh kuman di tangan anda.
APA PATUT SAYA LAKUKAN APABILA SAYA SAKIT?
Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak.
Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain.
Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan.
Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :
1.mengalami sesak nafas
2.Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut
3.Pening yang mengejut
4.Keliru
5.Muntah yang teruk dan berterusan
Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah /div>
1.Pernafasan yang sukar atau mencungap
2.Warna kulit kebiruan
3.Tidak minum air yang secukupnya
4.Letih atau tidak bertindak balas
5.Meradang dan tidak suka dipegang
6.Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk
7.Demam dengan ruam
BAGAIMANA SERIUSNYA JANGKITAN SELSEMA KHINZIR?
Seperti selsema bermusim, keterukan selsema khinzir dikalangan manusia adalah berbeza dari ringan ke peringkat yang paling serius. Sepertimana, baru-baru ini terdapat kes-kes kematian dari jangkitan selsema khinzir yang telah dilaporkan.
BOLEHKAN SAYA DIJANGKITI SELSEMA KHINZIR DENGAN MEMAKAN ATAU MENYEDIAKAN HIDANGAN DARI DAGING KHINZIR?
Tidak.Virus selsema khinzir tidak disebarkan melalui makanan.Anda tidak boleh dijangkiti selsema khinzir dari memakan daging khinzir atau barangan hasil keluaran dari khinzir.Memakan daging khinzir yang di masak dengan sempurna adalah selamat.
ADAKAH TERDAPAT VAKSIN UNTUK SELSEMA KHINZIR?
Hanya vaksin untuk khinzir bagi menghalang khinzir dari dijangkiti penyakit selsema boleh didapati.Buat masa sekarang, tidak terdapat vaksin untuk melindungi manusia dari dijangkiti selsema khinzir.Vaksin untuk influenza bermusim hanya memberi perlindungan yang separa terhadap virus selsema khinzir H3N2 and tidak terhadap virus H1N1.
HARI KELUARGA SKSF
Konvoi bermula di sk serting felda pada pukul 9 pagi dan sampai di Kuala Tahan pada pukul 1.00 petang. Sebaik tiba, rombongan peserta makan tengah hari di sk kuala tahan.
Seterusnya, peserta mendaftar masuk ke tempat penginapan di Terasek Motel.
Acara pertama bermula pada pukul 2.30 petang dimana peserta dibawa menaiki bot menuju ke perkampungan orang asli dan mandi manda di jeram.
pada sebelah malam pula diadakan jamuan di cafe Terasek Motel. Seterusnya peserta menyeberang ke Taman Negara untuk menonton dokumentari mengenai flora dan fauna Taman Negara.
Pada hari kedua, rombongan sekali lagi dibawa menaiki bot untuk ke taman negara. Tujuannya ialah untuk merasai 'kenikmatan' berjalan di atas jambatan gantung yang jaraknya 550 meter dan tingginya mencapai 200 meter.
PROGRAM BULAN KESIHATAN KPM
LAWATAN GURU SK LUI TIMUR KE SKSF
PPSMI MANSUHKAN ( klik ayat di bawah )
SEKADAR RENUNGAN
Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"
Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
PEMANTAUAN UNIT HEM OLEH NAZIR JPNS
Kedatangan mereka berdua ialah untuk membuat pemantauan bahagian HEM Sekolah. Sebaik tiba, pihak nazir telah mengadakan talimat ringkas kepada guru-guru yang mengetuai unit-unit hem seperti guru spbt, guru disiplin, guru anti dadah dan lain-lain lagi.
Kaedah pemantauan ialah pihak nazir telah menyemak fail-fail berkenaan Unit HEM. Seterusnya sesi perjumpaan dengan guru-guru secara perseorangan diadakan untuk memastikan kesahihan maklumat.
( minta maap... gambar tidak dapat disediakan memandangkan juru foto sekolah ketika itu sedang kelam-kabut mengemas kini fail....ha..ha..ha.. )