SK Serting Felda telah mengadakan Hari Keluarga di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang, pada 18 dan 19 Julai 2009. Program tersebut telah disertai oleh lebih daripada 30 buah keluarga staf sksf.
Konvoi bermula di sk serting felda pada pukul 9 pagi dan sampai di Kuala Tahan pada pukul 1.00 petang. Sebaik tiba, rombongan peserta makan tengah hari di sk kuala tahan.
Seterusnya, peserta mendaftar masuk ke tempat penginapan di Terasek Motel.
Acara pertama bermula pada pukul 2.30 petang dimana peserta dibawa menaiki bot menuju ke perkampungan orang asli dan mandi manda di jeram.
pada sebelah malam pula diadakan jamuan di cafe Terasek Motel. Seterusnya peserta menyeberang ke Taman Negara untuk menonton dokumentari mengenai flora dan fauna Taman Negara.
Pada hari kedua, rombongan sekali lagi dibawa menaiki bot untuk ke taman negara. Tujuannya ialah untuk merasai 'kenikmatan' berjalan di atas jambatan gantung yang jaraknya 550 meter dan tingginya mencapai 200 meter.
0 ulasan:
Catat Ulasan